TERKINI

Kematian pesakit Leptospirosis semalam tiada kaitan dengan jangkitan terbaharu

Kematian pesakit Leptospirosis semalam tiada kaitan dengan jangkitan terbaharu

17/02/2017 12:29pm


Hospital Tanah Merah


KUALA LUMPUR - Kes seorang anggota tentera yang meninggal dunia akibat leptospirosis semalam, tidak mempunyai kaitan dengan kejadian kluster jangkitan saluran pernafasan di Tanah Merah, Kelantan sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara itu disahkan selepas kementerian menjalankan siasatan terhadap kes melibatkan mangsa yang berkhidmat di Kem Tentera Bayan Lepas, Pulau Pinang itu.

Menurutnya, mangsa mula mengalami gejala demam dan sakit badan pada 8 Feb diikuti cirit-birit dan sesak nafas.

"Pada 12 Feb ketika pulang bercuti di Kelantan, pesakit mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tanah Merah dan seterusnya dirujuk untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Tanah Merah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata pesakit meninggal dunia di hospital itu akibat komplikasi daripada jangkitan leptospirosis yang dialaminya.

Pada 11 Feb lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengesahkan tiga individu di Kelantan mengalami leptospirosis atau jangkitan kencing tikus yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian banjir di Tanah Merah, baru-baru ini.

Menurut Dr Subramaniam, ketiga-tiga individu berkenaan adalah antara enam orang yang dimasukkan ke wad Hospital Tanah Merah selepas dipercayai menghidap apa yang disifatkan ketika itu sebagai 'virus misteri' setelah berkunjung ke majlis perjumpaan keluarga di Kajang, Selangor.

Serangan itu menyebabkan seorang daripada mereka iaitu lelaki berusia 59 tahun meninggal dunia, namun setakat ini punca kematiannya masih disiasat disebabkan mangsa mempunyai sejarah penyakit lain.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham dalam laman Facebooknya menjelaskan penutupan sementara Sungai Congkak, Hulu Langat adalah untuk tujuan pembersihan dan tiada kaitan dengan kluster jangkitan pernafasan yang berlaku. - Bernama

Horizon!»

Berkelah, jamu selera di air terjun

Sebahagian peserta tidak melepaskan peluang bermandi-manda di air terjun Setinggi.

Varia!»

Cabar keupayaan diri dalam sukan lasak

LEBIH 5,000 orang peserta menyertai Perlumbaan Reebok Spartan di Semenyih Eco Venture, Selangor baru-baru ini.

Process time in ms: 31