TERKINI

JPJ, SKMM digesa pantau iklan jualan kenderaan

JPJ, SKMM digesa pantau iklan jualan kenderaan

17/02/2017 12:27pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa bekerjasama mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) iklan penjualan kenderaan atas talian.

Presiden Persatuan Pengedar Kereta dan Syarikat Kredit Kuala Lumpur-Selangor (KLSCDCCA), Khoo Kah Jin berkata, usaha berkenaan perlu dilakukan segera selepas pihaknya menerima banyak aduan mengenai penipuan penjualan kenderaan sejak tahun lalu.

"Sepanjang tahun lalu, kami telah menerima tujuh aduan melibatkan pembeli tempatan yang mengalami kerugian antara RM500 hingga RM7,500 selepas tertipu dengan iklan yang ada di mudah.my.

"Siasatan awal mendapati kebanyakan kenderaan tersebut adalah milik syarikat kereta terpakai yang sah tetapi maklumat tersebut telah disalah guna oleh pihak ketiga untuk melakukan penipuan," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Acara yang berlangsung di Menara Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) itu turut dihadiri Biro Aduan Parti Gerakan Nasional, Ben Liew Pok Boon. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Agenda berbuka, bertarawih di masjid

ORANG ramai boleh merasai pengalaman berbuka puasa bersama pelancong di Masjid Putra, Putrajaya.

Varia!»

CJ Wow Shop penuhi keperluan pengguna

Yang HYUN (tiga dari kanan) bersama barisan penaja menunjukkan hadiah utama selepas melancarkan kempen jualan Serikan Ramadan dan Raya Bersama Wow di Seputeh, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Process time in ms: 31