TERKINI

KPT henti sementara taja pelajar ke Mesir

KPT henti sementara taja pelajar ke Mesir

17/02/2017 12:12pm


Gambar fail


PUTRAJAYA - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak lagi memberi penajaan baharu untuk pelajar tempatan menyambung pelajaran ke Mesir memandangkan keadaan di negara itu masih belum stabil, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Bagaimanapun bagi pelajar yang masih berkeinginan untuk menuntut ilmu di sana secara persendirian, itu hak dan pilihan masing-masing, katanya.

"Sepatutnya ibu bapa yang hendak menghantar mereka ke luar negara, mereka seharusnya tahu selok-belok dan hal ehwal semasa sesebuah negara itu.

"Sekarang keadaan di Mesir pun belum tenang sepenuhnya...keadaan keselamatan pun masih dipantau oleh pihak kedutaan kita di sana," katanya kepada media selepas majlis penyerahan Tabung Pendidikan Pelajar Malaysia di sini semalam.

Idris berkata buat masa sekarang difahamkan pelajar-pelajar yang ditaja agensi kerajaan di Mesir adalah mereka yang masih meneruskan baki pengajian mereka.

Pada majlis itu, Idris menyerahkan sumbangan tabung pendidikan anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berjumlah US$94,000 kepada 16 pelajar Malaysia tahun akhir jurusan perubatan dan pergigian yang sedang menuntut di Mesir. - Bernama

Horizon!»

Berkelah, jamu selera di air terjun

Sebahagian peserta tidak melepaskan peluang bermandi-manda di air terjun Setinggi.

Varia!»

Cabar keupayaan diri dalam sukan lasak

LEBIH 5,000 orang peserta menyertai Perlumbaan Reebok Spartan di Semenyih Eco Venture, Selangor baru-baru ini.

Process time in ms: 32