TERKINI

SPR selesai semak peti undi untuk PRK Tanjong Datu

SPR selesai semak peti undi untuk PRK Tanjong Datu

17/02/2017 11:46am


Mohd Hashim (kanan) melihat petugas SPR menyemak peti undi di Dewan Masyarakat Lundu hari ini.


LUNDU - Kesemua 25 peti undi yang digunakan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu esok sudah disemak.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, pemeriksaan itu dibuat bagi memastikan kesemua peralatan dan peti undi yang digunakan semasa hari pengundian berada dalam keadaan sempurna.

"Satu peti undi akan dibawa ke Teluk Melano, Sematan menggunakan kenderaan pacuan roda kira-kira pukul 2 petang ini.

"Mereka tidak dapat menggunakan perkhidmatan bot disebabkan cuaca tidak mengizinkan," katanya dalam sidang akhbar di Dewan Masyarakat Lundu di sini sebentar tadi. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Barang terbuang jadi sumber pendapatan

Uncle Chang’s Dive Lodge merupakan resort pertama melaksanakan inisiatif hijau di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.

Process time in ms: 47