TERKINI

Terlalu awal kaitkan kematian Jong-nam dengan ejen khas

Terlalu awal kaitkan kematian Jong-nam dengan ejen khas

17/02/2017 11:43am


Dua suspek tersebut dipercayai sebagai ejen khas luar negara


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyifatkan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai keterlibatan ejen khas luar negara dalam kes kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, Isnin lepas.

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata siasatan sedang berjalan dan kes itu dianggap rumit.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai kemungkinan pembunuhan itu melibatkan ejen khas luar negara.

Setakat ini polis menahan dua wanita yang memegang pasport asing dan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes itu.

Mohamad Fuzi bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya latar belakang ketiga-tiga mereka.

Isnin lepas, Jong-nam dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita dikatakan menekup mukanya dengan kain yang mengandungi cecair beracun.

Jong-nam yang menggunakan nama Kim Chol pada pasportnya, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. - Bernama

Rencana Utama!»

Gedung lebih 3,000 karya seni tempatan

Bangunan BSN terletak di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Varia!»

Mengimbau sejarah seni bina negara

Chee Cheong berharap pameran ini dapat mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan arkitek dalam membangunkan negara satu ketika dahulu.

Process time in ms: 31