TERKINI

Pasangan suami isteri cedera ditetak

Pasangan suami isteri cedera ditetak

17/02/2017 3:50pm


Kesan percikan darah pada dinding akibat percikan tetakan suami isteri (gambar kecil) malam tadi.


PENDANG - Sepasang suami isteri cedera di kepala dan tangan akibat ditetak adik sendiri yang merupakan seorang penagih dadah tegar di Felda Sungai Tiang di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden,  Fadzil Hashim berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8 malam tadi ketika pasangan suami isteri tersebut sedang menonton televisyen di rumah mereka.

"Suspek berusia 43 tahun mulanya mengetuk pintu sebelum menendangnya dan meluru masuk ke rumah. Selepas itu, dia terus mengamuk dan menyerang pasangan suami isteri berusia 55 dan 52 tahun.

"Kedua-dua anak perempuan mangsa berusia 20-an bagaimanapun tidak cedera dan sempat menyelamatkan diri ke rumah jiran. Suspek akhirnya ditangkap polis dan akan direman hari ini," katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Agenda berbuka, bertarawih di masjid

ORANG ramai boleh merasai pengalaman berbuka puasa bersama pelancong di Masjid Putra, Putrajaya.

Varia!»

CJ Wow Shop penuhi keperluan pengguna

Yang HYUN (tiga dari kanan) bersama barisan penaja menunjukkan hadiah utama selepas melancarkan kempen jualan Serikan Ramadan dan Raya Bersama Wow di Seputeh, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Process time in ms: 31