TERKINI

Lebih 5 juta permohonan BR1M 2017 diluluskan

Lebih 5 juta permohonan BR1M 2017 diluluskan

17/02/2017 11:57am




KUALA LUMPUR - Sebanyak 5,153,238 permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi 2017 telah diluluskan kerajaan setakat ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, sebanyak 3,123,950 permohonan lagi masih dalam peringkat pemprosesan dan keputusan dijangka diumumkan bulan depan.

Najib berkata bayaran pertama BR1M akan diagihkan secara berperingkat bermula esok.

"Dari segi peringkat umur, kumpulan tertinggi diluluskan adalah daripada golongan 21 hingga 30 tahun serta yang berumur 61 tahun dan ke atas.

"Sebanyak 2,782,799 pemohon akan menerima bantuan RM1,200 manakala 243,434 bagi bantuan RM900 dan selebihnya 2,127,005 layak untuk bantuan RM450," katanya menerusi catatan terbaharu menerusi laman blognya, www.najibrazak.com. - Bernama

Horizon!»

Berkelah, jamu selera di air terjun

Sebahagian peserta tidak melepaskan peluang bermandi-manda di air terjun Setinggi.

Varia!»

Cabar keupayaan diri dalam sukan lasak

LEBIH 5,000 orang peserta menyertai Perlumbaan Reebok Spartan di Semenyih Eco Venture, Selangor baru-baru ini.

Process time in ms: 31