TERKINI

Sindiket pil ekstasi bernilai RM12 juta tumpas

Sindiket pil ekstasi bernilai RM12 juta tumpas

17/02/2017 11:05am


Amran (paling kiri) menunjukkan serbuk dan alat memproses dadah ekstasi yang dirampas polis pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.


SHAH ALAM - Polis berjaya menumpaskan sindiket memproses pil ekstasi bernilai RM12 juta dalam serbuan di sebuah rumah teres di Setia Alam pada Selasa lalu.

Serbuan pukul 6.15 petang itu turut menahan dua suspek termasuk dalang utama sindiket itu berusia 33 dan 41 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Asisten Komisioner Amran Ramli berkata, siasatan awal mendapati kegiatan jenayah itu telah bergerak aktif sejak setahun lalu untuk pasaran tempatan.

"Antara barangan yang dirampas 6,437 biji pil ekstasi, serbuk ekstasi seberat 93,490 gram, 109.1 gram serbuk kafein dan 265,000 gram serbuk Precussor serta lima alat memproses dadah berkenaan.

"Turut disita adalah dua buah kenderaan jenis BMW 7 series dan Volkswagon Passat yang kedua-duanya bernilai RM200,000," katanya pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Beliau menambah, hasil siasatan awal turut mendapati kesemua rampasan dadah berkenaan mampu menghasilkan 300,000 pil ekstasi.

Jelasnya, kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 21 Februari ini.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.- K! ONLINE

Rencana Utama!»

Gedung lebih 3,000 karya seni tempatan

Bangunan BSN terletak di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Varia!»

Mengimbau sejarah seni bina negara

Chee Cheong berharap pameran ini dapat mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan arkitek dalam membangunkan negara satu ketika dahulu.

Process time in ms: 31