SUKAN

Malaysia Tigers tarik nafas lega

Malaysia Tigers tarik nafas lega


PELUANG skuad hoki negara untuk muncul juara Pusingan Kedua WHL 2017 di Bangladesh bulan depan nampak cerah.


KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) mengesahkan bahawa skuad hoki lelaki kebangsaan akan menghadapi Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia (WHL) di Dhaka, Bangladesh pada 4 hingga 12 Mac depan, bukannya di Tacarigua, Trinidad & Tobago seperti yang telah dijadualkan sebelum ini.

Keputusan itu dibuat selepas pihak MHC menerima jemputan daripada Per­sekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) untuk menggantikan tempat Kanada yang menarik diri daripada bertanding di Dhaka, Bangladesh atas isu keselamatan.

“Pihak kami telah mengadakan perbincangan dengan Pengarah Teknikal (Terry Walsh), Pengerusi Kejurulatihan (Datuk Ow Sook Kooi), Ahli Lembaga Eksekutif dan barisan kejurulatihan mengambil pandangan dari setiap aspek sebelum keputusan dibuat.

“MHC secara rasmi mengumumkan bahawa pasukan kebangsaan akan mengambil bahagian pada Pusingan Ke­dua WHL di Dhaka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MHC, K. Logan Raj menerusi kenyataan rasmi badan induk sukan hoki itu semalam.

Keputusan ke Dhaka merupakan satu tindakan tepat kerana skuad negara dijang­ka tidak berdepan masalah besar untuk memenangi Pusingan Kedua WHL, sekali gus meraih tiket automatik ke Separuh Akhir WHL di Afrika Selatan atau England, Jun depan.

Malah, kos yang perlu ditanggung oleh MHC termasuk tiket penerbangan dan jarak perjalanan ke Dhaka lebih menjimatkan jika dibandingkan dengan venue asal iaitu Trinidad & Tobago dari 25 Mac hingga 2 April depan.

Malaysia Tigers yang menghuni ranking ke-13 dunia, diletakkan dalam Kumpulan A bersama Oman (No. 31), Bangladesh (No. 32) dan Fiji (No. 61), manakala Kumpulan B terdiri daripada China (No. 18), Mesir (No. 20), Sri Lanka (No. 42) serta Ghana (No. 43).

Walaupun cuma mempunyai masa dalam tempoh tiga minggu untuk bersiap sedia selain faktor Liga Hoki Malaysia sedang berlangsung, skuad negara dijangka tidak akan berdepan tugas sukar memandangkan pencabar utama hanyalah China.

Jadi, tidak mustahil barisan pemain negara mampu melakar kejayaan sama ketika bergaya menjuarai Pusingan Kedua WHL 2015 dengan membelasah Oman 7-0, Singa­pura 16-1, Mexico 10-1 dan Poland 8-0.

Sebagai rekod, skuad bimbingan Stephen van Huizen itu akan memulakan aksi Kumpulan A di Stadium Hoki Maulana Bhasani menentang tuan rumah pada 4 Mac, diikuti Oman (5 Mac) dan Fiji (7 Mac).

Horizon!»

Berkelah, jamu selera di air terjun

Sebahagian peserta tidak melepaskan peluang bermandi-manda di air terjun Setinggi.

Varia!»

Cabar keupayaan diri dalam sukan lasak

LEBIH 5,000 orang peserta menyertai Perlumbaan Reebok Spartan di Semenyih Eco Venture, Selangor baru-baru ini.

Process time in ms: 46