TERKINI

200 guni mengandungi 1,000 ekor bangkai ayam punca busuk

200 guni mengandungi 1,000 ekor bangkai ayam punca busuk

12/01/2017 6:38pm


Hampir 1,000 ekor bangkai ayam dicampakkan di kawasan semak.


KEMAMAN - Misteri bau busuk yang membelenggu lebih 100 penduduk Kerteh Damansara Inn, Kerteh dekat sini sejak hampir dua minggu lalu terjawab dengan penemuan 200 guni yang mengandungi bangkai ayam di kawasan semak berhampiran taman perumahan itu hari ini.

Dianggarkan hampir 1,000 ekor bangkai ayam dicampakkan di kawasan semak terbabit yang terletak kira-kira satu kilometer dari penempatan penduduk berkenaan.

Seorang penduduk, Johari Jeffery, 40, mendakwa, penduduk taman perumahan terbabit mula menghidu bau busuk terbabit pada penghujung bulan lalu.

"Kehadiran bau busuk itu telah menyebabkan kehidupan kami menjadi tidak selesa. Busuk semakin menusuk hingga membuatkan kami bertambah loya setiap kali hujan turun.

"Tambah merengsakan lalat mula memenuhi taman perumahan ini sejak beberapa akhir-akhir ini. Kami risau kemungkinan dijangkiti penyakit bawaan vektor berkenaan," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Johan Ibrahim berkata, pihak telah mengambil tindakan segera menimbus kesemua longgokan guni yang mengandungi bangkai ayam tersebut sebelum melakukan semburan kawalan lalat. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Nyamuk Wolbachia perangi aedes

SEORANG pegawai penyelidik menunjukkan telur nyamuk aedes yang akan disuntik dengan bakteria Wolbachia.

Jom Singgah!»

Minum kopi sambil main kucing

KHAIROL memperuntukkan sejumlah RM1,000 sebulan untuk kos penjagaan kucing-kucing yang dipelihara di Kopicat Cafe.

Process time in ms: 47