TERKINI

Polis tahan 26 disyaki 'Ah Long', sita harta RM2 juta di Johor dan Perak

Polis tahan 26 disyaki 'Ah Long', sita harta RM2 juta di Johor dan Perak

12/01/2017 3:29pm

KUALA LUMPUR - Polis menahan 26 orang disyaki ahli kumpulan 'Ah Long' yang bertindak ganas semasa memungut hutang, di sekitar Johor Bahru dan Ipoh, Perak.

Dalam operasi itu yang bermula dari 10 malam tadi hingga 4 pagi ini, seramai 23 lelaki tempatan dan tiga wanita termasuk seorang warga Vietnam berumur di antara 17 dan 51 tahun ditahan polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata dalam operasi itu, polis turut merampas 21 kenderaan mewah dianggarkan bernilai RM1.4 juta dan wang tunai sebanyak RM416,050.

"Polis juga merampas 18 beg tangan wanita berjenama termasuk Chanel bernilai RM150,000," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Selain itu, katanya polis merampas 83 kad ATM, 17 buku bank, sembilan parang dan sembilan pedang samurai dalam operasi itu. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Turun padang kaji punca pencemaran

PASUKAN UTKFAS turut mendapatkan sampel air dari Sungai Semenyih, Selangor untuk dianalisis.

Varia!»

Sikap individu cabar kreativiti ahli pemasaran

SYARIKAT yang mengungguli konsep one to one marketing pasti akan menguasai kelompok pengguna yang semakin individualistik dalam sesuatu pasaran. – Gambar hiasan

Process time in ms: 32