NEGARA

Derita empat hari tiada air

Derita empat hari tiada air


Beberapa penduduk menunggu giliran untuk menadah air dari lori tangki Syabas di Perumahan KTMB Lengkok Abdullah, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Ketika masih berbaki lagi tiga tahun untuk menuju 2020, sistem bekalan air yang efisien bagi penduduk Lembah Klang nampaknya belum dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur.

Derita mengangkat air ke rumah akan menjadi lebih perit sekiranya ia melibatkan flat atau apartmen kerana penduduk perlu mengangkat sendiri air ke kediaman masing-masing hingga mengakibatkan mereka mengalami sakit pinggang, lutut, belakang badan dan lain-lain.

Terbaharu, kira-kira 1,100 penduduk yang mendiami 20 buah blok di Perumahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Lengkok Abdullah di sini terpaksa mengangkat air apabila kawasan di situ mengalami gangguan bekalan sejak Ahad lalu.

Difahamkan, secara purata setiap blok mempunyai empat tingkat. Penduduk pula perlu mengangkat air sebanyak empat kali sehari menggunakan baldi, botol, tong air dan lain-lain yang diambil daripada lori tangki milik Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan KTMB Lengkok Abdullah, Md. Zammry Mustapa berkata, mereka menghargai usaha Syabas menghantar lori tangki air namun ia tetap tidak menyembunyikan hakikat penduduk kena mengangkat air ke rumah masing-masing.

“Kami harap bekalan air dapat dipulihkan secepat mungkin kerana kasihan kepada penduduk yang terpaksa mengangkat air terutama yang tinggal di tingkat atas,” dakwanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 47