NEGARA

Didenda RM10,000 abai budak

Didenda RM10,000 abai budak




KUALA PILAH – Tindakan seorang wanita meninggalkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun secara tidak berpatutan di sebuah rumah sewanya di Tampin dekat sini minggu lalu mengundang padah apabila dia didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Wanita terbabit juga diperintah membuat kerja-kerja khidmat masyarakat selama 240 jam di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Hakim Nariman Badruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Shamsidar Ambia, 36, setelah tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, Shamsidar didakwa meninggalkan kanak-kanak itu dalam keadaan tidak berpatutan di sebuah rumah sewa di Kampung Parit Buloh di Tampin pada pukul 7 malam, 5 Januari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nik Azhan Hakim Nik Mahmood mengemukakan pendakwaan di bawah Seksyen 33(1)(c) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda sehingga RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Turun padang kaji punca pencemaran

PASUKAN UTKFAS turut mendapatkan sampel air dari Sungai Semenyih, Selangor untuk dianalisis.

Varia!»

Sikap individu cabar kreativiti ahli pemasaran

SYARIKAT yang mengungguli konsep one to one marketing pasti akan menguasai kelompok pengguna yang semakin individualistik dalam sesuatu pasaran. – Gambar hiasan

Process time in ms: 31