NEGARA

Reman KSU KKLW, anak disambung

Reman KSU KKLW, anak disambung


ANGGOTA SPRM mengiringi Mohd. Arif (kiri) serta seorang anaknya (kanan) yang menutup muka ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya semalam untuk mendapatkan perintah sambungan tahanan reman.


PUTRAJAYA – Tempoh tahanan reman Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, (KKLW), Datuk Mohd. Arif Ab. Rahman serta seorang anaknya disambung selama empat hari lagi bermula hari ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan rasuah.

Perintah sambungan reman terhadap Mohd. Arif, 59, dan anaknya Ahmad Zukhairi, 35, dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.

Kedua-dua mereka direman sehingga Ahad ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 kerana meminta atau menerima suapan sebagai balasan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang mempunyai hubungan dengannya.

Bagaimanapun, seorang lagi anak KSU berkenaan, Ahmad Luqman, 29, yang sebelum ini turut ditahan reman bagi membantu siasatan kes serupa dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000. Dia membayar jaminan tersebut.

Terdahulu, tiga beranak itu tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9.55 pagi dengan memakai baju lokap berwarna jingga dan masing-masing menutup muka dengan baju.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Horizon!»

Tawar pelbagai produk warisan masyarakat Cina

JALAN Petaling merupakan lokasi tumpuan masyarakat Cina untuk mendapatkan barangan dari China pada suatu ketika dahulu.

Varia!»

Sindiket penipuan sukar dikesan mata kasar

Kebanyakan peminta sedekah di negara ini dipergunakan oleh sindiket tertentu yang ingin mengaut keuntungan mudah. – Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 32