DUNIA

India siasat video askar lapar

India siasat video askar lapar

NEW DELHI – Pihak berkuasa India mengarahkan siasatan dijalankan berikutan kemunculan rakaman video mengejutkan yang mendakwa anggota tentera di perbatasan tidak diberi makanan yang mencukupi.

Klip video itu yang menjadi viral di media sosial menunjukkan roti parata hangus, capati dan sup kacang hanya mengandungi ‘kunyit dan garam’ dihidangkan kepada askar.

Seorang askar Pasukan Keselamatan Sempadan (BSF), Tej Bahadur Yadav mendakwa bahawa askar-askar BSF bertugas dalam persekitaran sukar tetapi pegawai atasan menyalahgunakan bekalan makanan.

“Kadang-kadang kami terpaksa tidur dengan perut kosong,” katanya dalam rakaman video itu yang mencetuskan kemarahan rakyat India terutamanya di media sosial.

Menteri Dalam Negeri India, Rajnath Singh berjanji mengambil ‘tindakan sewajarnya’ berhubung dakwaan tersebut.

“Saya sudah menonton rakaman video berkaitan kesusahan askar BSF.

“Saya telah meminta Setiausaha Dalam Negeri untuk segera meminta laporan daripada BSF dan mengambil tindakan sewajarnya,” kata Rajnath dalam kenyataan di laman Twitter.

Sambil menyebut tentang salah laku askar terbabit sebelum ini, BSF memberitahu, pihaknya sedang menyiasat dakwaan itu.

“Siasatan peringkat tertinggi akan dilakukan dengan BSF memandang serius dakwaan oleh askar berpangkat konstabel ini.

“Bagaimanapun, siasatan awal mendapati bahawa askar lain di tempat sama tidak mempunyai masalah dengan kualiti makanan yang dihidangkan kepada mereka,” Inspektor Jeneral BSF, D.K. Upadhyaya dipetik sebagai berkata oleh media India.

– Bernama

Rencana Utama!»

Peluang miliki tanah, rumah sukar ditolak

DARI KIRI: Mat, Heng Bung dan Appachi melihat gambar-gambar lama peneroka asal di Muzium Felda Lurah Bilut.

Horizon!»

Smurfs ubah kehidupan penduduk Juzcar

Salah satu patung watak animasi Smurfs yang menghiasi kampung Juzcar, Sepanyol.

Varia!»

Penjajahan secara kawalan jauh

KEHARMONIAN dan keamanan negara perlu dijaga dengan baik demi masa depan generasi akan datang. – Gambar hiasan

Process time in ms: 31