DUNIA

Wakil Myanmar lawat Bangladesh

Wakil Myanmar lawat Bangladesh


Agensi - GAMBAR fail pada Mac 2013 menunjukkan seorang lelaki Rohingya memeriksa kediamannya yang dibakar dalam keganasan kaum di bandar Mektila, Myanmar.


YANGON – Seorang utusan khas pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi dijadualkan memulakan rundingan peringkat atasan di Bangladesh semalam selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa krisis Rohingya memaksa 65,000 orang melarikan diri ke Bangladesh sejak tiga bulan lalu.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Myanmar, Kyaw Tin mengadakan lawatan tiga hari ke ibu kota Bangladesh, Dhaka dalam kunjungan diplomatik yang jarang berlaku bagi menangani cabaran paling getir yang dihadapi oleh kerajaan berusia sembilan bulan pimpinan Suu Kyi.

Kyaw Tin menemui Perdana Menteri Sheikh Hasina lewat semalam, kata seorang pegawai kanan di Kementerian Hal Ehwal Luar Bangladesh.

Beliau berkata, matlamat lawatan itu adalah supaya Dhaka tidak meningkatkan tekanan ke atas Naypyidaw dalam forum antarabangsa berhubung isu Rohingya seperti persidangan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Sebelum ini, negara berpenduduk majoriti Islam di Asia Tenggara, Indonesia dan Malaysia memberi tekanan secara terbuka ke atas Myanmar berhubung krisis Rohingya.

“Selama ini Bangladesh membuat gesaan dan memberi tekanan di balik tabir forum antarabangsa untuk menjaga hubungan dengan Myanmar,” kata pegawai Bangladesh itu.

Rundingan antara dua negara berjiran itu rumit berikutan seramai 500,000 etnik Islam Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh semasa penindasan selama beberapa dekad di Myanmar tidak diiktiraf sebagai warganegara oleh Bangladesh.

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB berkata, kira-kira 65,000 lagi pelarian Rohingya tiba di Bangladesh sejak 9 Oktober lalu hingga 5 Januari lepas.

Sebelum ini, penduduk dan pe­larian Rohingya berkata, tentera Myanmar melakukan pembunuhan, rogol dan membakar perkampungan secara berleluasa. Kerajaan Suu Kyi menafikan semua dakwaan itu.

– Reuters

Rencana Utama!»

Teruja sambut Aidilfitri di Malaysia

MUHAMMAD Rasyad, (kiri), Muhammad Adam (tengah) dan Zuhaira menyambut hari raya pertama bersama mualaf lain di Hidayah Centre Foundation sebelum berlepas ke Abu Dhabi pada hari raya kedua.

Varia!»

Sesal penderita HIV positif

SITI gemar berpeleseran di kelab malam sehingga dia akhirnya terjebak menjadi pelacur. – Gambar hiasan

Process time in ms: 16