DUNIA

Kerajaan Jepun rangka kaedah untuk Akihito turun takhta

Kerajaan Jepun rangka kaedah untuk Akihito turun takhta


AFP - du_03MAHARAJA Akihito melambai kepada rakyat sambil ditemani Putera Mahkota Naruhito di Tokyo pada 2 Januari 2015.


TOKYO Kerajaan Jepun merangka langkah undang-undang yang membolehkan Maharaja Akihito turun takhta dan digantikan oleh anak lelakinya dalam tempoh dua tahun lagi, lapor media semalam.

Maharaja Akihito, 83, memberi bayangan pada Ogos tahun lalu bahawa beliau berhasrat turun takhta apabila berkata, usianya yang lanjut akan menyukarkan beliau untuk menjalankan tanggungjawab sepenuhnya.

Penurunan takhta tidak dibenarkan di bawah undang-undang Jepun masa kini.

Bagaimanapun, laporan media menyebut kerajaan sedang mempertimbangkan langkah-langkah untuk membolehkan Akihito menuruni takhta dan Putera Mahkota Naruhito, 56, menggantikan beliau pada 1 Januari 2019.

Penurunan takhta itu akan diadakan pada 31 Disember 2018 ataupun 1 Januari 2019, demikian menurut beberapa laporan.

Maharaja Akihito pernah menjalani pembedahan jantung dan sedang menerima rawatan untuk kanser prostat.

Beliau menaiki takhta selepas kematian bapanya, Maharaja Hirohito pada 1989. Reuters

Rencana Utama!»

Teruja sambut Aidilfitri di Malaysia

MUHAMMAD Rasyad, (kiri), Muhammad Adam (tengah) dan Zuhaira menyambut hari raya pertama bersama mualaf lain di Hidayah Centre Foundation sebelum berlepas ke Abu Dhabi pada hari raya kedua.

Varia!»

Sesal penderita HIV positif

SITI gemar berpeleseran di kelab malam sehingga dia akhirnya terjebak menjadi pelacur. Gambar hiasan

Process time in ms: 31