NEGARA

Iklan pil kuat seks guna foto Siti

Iklan pil kuat seks guna foto Siti

SITI NURHALIZA dan Khalid memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya iklan yang mengaibkan mereka tidak ditarik peniaga yang tidak bertanggungjawab.


KUALA LUMPUR Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akan mengambil tindakan undang-undang kepada peniaga ubat perangsang seks yang sanggup mengaibkan beliau dan suaminya menerusi sebuah iklan di laman Instagram yang mendakwa pasangan itu menggunakan produk berkenaan.

Promosi tersebut yang muncul dalam bentuk iklan di laman Instagram pengguna kemudiannya dipautkan dengan satu artikel yang memfitnah dan memalukan pasangan tersebut apabila dikaitkan dengan masalah mati pucuk.

Siti Nurhaliza, 38, yang turut terkejut dengan penyebaran iklan itu menegaskan tindakan peniaga yang menggunakan nama dan gambar mereka berdua tanpa kebenaran demi melariskan produk adalah satu kesalahan besar.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Orang-Orang Drum Theatre pilihan juri

AKSI pasukan Orang-Orang Drum Theatre berjaya memukau barisan juri sehingga dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Stailo!»

Perlahankan bisnes sempena Ramadan

Bidang fesyen mula diceburi oleh Sharifah Shawati pada awal tahun 2016.

Varia!»

Jasa Jalan Persekutuan

JALAN PERSEKUTUAN dibina pada tahun 1880 menjadi tulang belakang sebagai jalan alternatif. sistem rangkaian jalan raya di negara ini sebelum terbinanya lebuh raya.

Process time in ms: 31