PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Wala' Pemuda UMNO bukan kesetiaan membuta tuli

Wala' Pemuda UMNO bukan kesetiaan membuta tuli

03/12/2016 10:13pm

KUALA LUMPUR - Prinsip wala' atau ketaatan yang diamalkan terhadap pemimpin serta institusi kepemimpinan UMNO bukanlah amalan membuta tuli tetapi ia merupakan kesetiaan yang dituntut oleh agama.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sememangnya setiap anggota perlu menunjukkan kesetiaan mereka selagi arahan yang diberi tidak melampaui batas dan pemimpin tidak melakukan sesuatu perkara yang dilarang agama.

"Ada yang bersangka buruk konon ini kesetiaan membuta tuli... ada yang mungkin kurang memahami... apabila kita bercakap tentang wala' pastinya kita rujuk pada kesetiaan yang dituntut dalam agama.

"Adakah presiden kita seorang pemimpin yang melampaui batas? Adakah presiden kita minta kita lakukan yang dilarang oleh agama?

"Kena faham kenapa 600,000 Pemuda tetap beri wala' pada Datuk Seri Najib (Tun Razak) hingga ke hari ini," katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang berakhir hari ini.

Beliau berkata, perhimpunan tahunan yang dijadikan platform untuk melontar suara anak muda dan aspirasi golongan itu saban tahun, memperlihatkan pelbagai iniatif membela rakyat dizahirkan oleh Najib. - Bernama

Rencana Utama!»

Orang-Orang Drum Theatre pilihan juri

AKSI pasukan Orang-Orang Drum Theatre berjaya memukau barisan juri sehingga dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Stailo!»

Perlahankan bisnes sempena Ramadan

Bidang fesyen mula diceburi oleh Sharifah Shawati pada awal tahun 2016.

Varia!»

Jasa Jalan Persekutuan

JALAN PERSEKUTUAN dibina pada tahun 1880 menjadi tulang belakang sebagai jalan alternatif. sistem rangkaian jalan raya di negara ini sebelum terbinanya lebuh raya.

Process time in ms: 31