TERKINI

TPM hormati pandangan Adenan arah Ahli Parlimen BN Sarawak tidak sokong RUU 355

TPM hormati pandangan Adenan arah Ahli Parlimen BN Sarawak tidak sokong RUU 355

24/11/2016 3:57pm




KUCHING - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghormati pandangan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem yang mengarahkan semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sarawak untuk tidak bersetuju dengan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355).

Menurut beliau, Kerajaan Persekutuan menghormati pandangan-pandangan daripada semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) mengenai RUU 355 yang dicadang pindaannya oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Perkara ini akan dibincangkan melibatkan semua anggota daripada parti komponen BN yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nanti," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Adenan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini sebentar tadi. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Turun padang kaji punca pencemaran

PASUKAN UTKFAS turut mendapatkan sampel air dari Sungai Semenyih, Selangor untuk dianalisis.

Varia!»

Sikap individu cabar kreativiti ahli pemasaran

SYARIKAT yang mengungguli konsep one to one marketing pasti akan menguasai kelompok pengguna yang semakin individualistik dalam sesuatu pasaran. – Gambar hiasan

Process time in ms: 31