NEGARA

Bot karam di Pulau Batam

Bot karam di Pulau Batam


BEBERAPA anggota polis menyusun mayat imigran Indonesia yang ditemui selepas sebuah bot karam di perairan Pulau Batam semalam.


NONGSA, Indonesia Sebuah bot laju yang membawa 93 pekerja Indonesia dari Malaysia karam di perairan Pulau Batam semalam menyebabkan 18 orang terbunuh manakala 40 hilang, kata Agensi Bencana Kebangsaan Indonesia.

Bot itu telah berlepas dari negeri Johor, selatan Malaysia yang dalam perjalanan menuju ke Pulau Batam, Indonesia.

Pulau berkenaan terletak di selatan Singapura, kata Agensi Bencana Kebangsaan Indonesia dalam satu kenyataan.

Bot itu dipercayai telah merempuh terumbu karang selepas dipukul ombak besar dan angin kencang sekali gus menyebabkan ia karam pada kedudukan 141 batu nautika.

Bagaimanapun, kira-kira 39 orang berjaya diselamatkan dan satu pencarian sedang dijalankan untuk mencari penumpang yang hilang.

Seorang saksi, Zainul Arifin yang bekerja di ladang kelapa sawit di Malaysia berkata, dia duduk di belakang bot itu apabila ombak besar memukul dengan kuat bot menyebabkan ia hampir terbalik.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Potongan kemas, rapi ala Inggeris

EDD THE BARBER menyediakan perkhidmatan memotong rambut yang mengikut fesyen terkini.

Varia!»

BoR kongsi keunikan muzik selo rock

Persembahan bertenaga paduan BoR dan Alena (tengah) memukau tetamu yang hadir pada majlis tertutup di kediaman Kedutaan AS di ibu negara baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31