TERKINI

1Bahasa, 1Jiwa, 1Bangsa tema BBK 2016

1Bahasa, 1Jiwa, 1Bangsa tema BBK 2016

20/10/2016 3:40pm

PUTRAJAYA - 1Bahasa, 1Jiwa, 1Bangsa dipilih dan diangkat sebagai tema bersempena dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) pada tahun ini. 

Majlis pelancaran BBK 2016 disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Mahdzir berkata, tema tersebut dipilih bagi mempertingkatkan kesedaran akan pentingnya bahasa dalam pembangunan tamadun bangsa selain disesuaikan daripada slogan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) iaitu Bahasa Jiwa Bangsa yang dicipta pada 1952. 

“Pengisian sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan ini hendaklah mencerminkan kewibawaan dan keutuhan bahasa kebangsaan. 

“Saya menyarankan agar bermula saat sambutan ini, kita sama-sama berusaha menggembleng dan memperhebatkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul terutamanya di tempat-tempat awam,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan BBK 2016 Peringkat Kebangsaan di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya di sini sebentar tadi.

Tambah Mahdzir, hal tersebut penting kerana masyarakat umum mudah terpengaruh dengan cara dan gaya bahasa yang digunakan di tempat awam termasuk di papan-papan iklan dan media massa.

Ini kerana, jika salah penggunaannya, maka masyarakat juga akan membuat kesalahan yang sama. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Hanya 100 kes dikesan di seluruh dunia

Lyla-GRACE (kiri) memiliki rambut berwarna perang muda berbanding adik-beradiknya yang lain.

Pesona!»

Didik anak-anak makan sayur, buah-buahan

Didik anak-anak untuk memakan buah sejak kecil dan pelbagaikan warna bagi menarik minat mereka.

Varia!»

Pantai Drini lokasi rehatkan minda

Pantai Drini memiliki satu tebing besar yang membahagikan pantai itu kepada dua sisi.

Process time in ms: 31