GARAJ

Bosch Malaysia lancar bengkel #GetItRight

Bosch Malaysia lancar bengkel #GetItRight

Selebriti terkenal, Awal Ashaari (kiri) dan Yoon Kong menunjukkan Bosch Advantage Wiper yang diperkenalkan pada majlis tersebut.


PASARAN Selepas Jualan Automotif (Automotive Aftermarket) Bosch Malaysia melancarkan bengkel #GetItRight untuk menggalakkan pemandu di negara ini menitikberatkan cara pemanduan kenderaan.

Bengkel tersebut merupakan sebahagian daripada kempen Satu Bahagian Rosak Mampu Memusnahkan Segalanya yang diperkenalkan Bosch Malaysia.

Pengurus Automotive Aftermarket Bosch Malaysia, Pang Yoon Kong berkata, kempen itu juga bermatlamat untuk mendidik mereka mengenai kepentingan mengunakan alat-alat ganti kenderaan kerana ia mampu membawa perubahan.

“Kebanyakan pengguna jalan raya sering kali tidak menyedari bahawa bahagian terkecil dalam kenderaan mampu menjejaskan keselamatan pemandu dan penumpang.

"Bosch Malaysia memperkenalkan kempen Satu Bahagian Rosak Mampu Memusnahkan Segalanya dengan harapan untuk mengurangkan bilangan kemalangan jalan raya melalui kesedaran kepentingan melengkapkan kenderaan dengan alat-alat ganti kenderaan yang berkualiti dan dipercayai.

Sebagai pembekal alat-alat ganti terkemuka dunia, Bosch menggunakan teknologi kejuruteraan inovatif Jerman agar kenderaan di Asia dapat bergerak dengan lebih selamat,” katanya pada majlis pelancaran bengkel tersebut baru-baru ini.

Rencana Utama!»

Teruja sambut Aidilfitri di Malaysia

MUHAMMAD Rasyad, (kiri), Muhammad Adam (tengah) dan Zuhaira menyambut hari raya pertama bersama mualaf lain di Hidayah Centre Foundation sebelum berlepas ke Abu Dhabi pada hari raya kedua.

Process time in ms: 31