NEGARA

Pukul adik OKU sampai mati

Pukul adik OKU sampai mati


SEPASUKAN anggota polis dilihat memeriksa keadaan sekeliling rumah lokasi seorang lelaki OKU mati dipukul abangnya di Seremban semalam.


SEREMBAN – Seorang abang tergamak memukul adiknya yang juga orang kelainan upaya (OKU) hingga mati garagara mangsa enggan ke tandas setelah membuang air kecil di dalam seluar.

Kejadian berlaku semasa kedua-dua beradik itu berada di rumah mereka di Taman Bukit Coral, Sikamat di sini kelmarin.

Dalam kejadian kirakira pukul 11 malam itu, lelaki terbabit disyaki menumbuk dan menendang adik lelakinya yang merupakan pesakit mental beberapa kali pada kepala dan badan.

Difahamkan dia bertindak demikian setelah gagal mengawal kemarahan apabila adiknya enggan mengikut arahan.

Lelaki berusia 40 tahun itu bagaimanapun ditahan polis semasa datang ke Balai Polis Jalan Campbell pada pukul 9.15 pagi semalam bagi membuat laporan berhubung kematian adik lelakinya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki yang bekerja sebagai pengutip barang lusuh itu bertindak demikian kerana marahkan adiknya yang berusia 37 tahun kencing dalam seluar.

“Hasil soal siasat, lelaki itu mengaku memarahi adiknya kerana buang air kecil dalam seluar.

“Dia kemudian menyuruh adiknya itu masuk ke dalam bilik namun enggan lalu bertindak memukulnya,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 32