TERKINI

Dana bantu pelajar kelainan upaya UIAM

Dana bantu pelajar kelainan upaya UIAM

12/01/2016 12:28pm

GOMBAK - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melancarkan tabung dana khas 'Disability Endowment Fund' bagi membantu pelajar kelainan upaya (OKU) yang melanjutkan pelajaran di universiti ini.

Dana bantuan tersebut dilancarkan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun.

Azizah berkata, inisiatif UIAM mewujudkan dana seumpama itu patut dicontohi oleh institut pengajian tinggi lain dalam membantu menanggung kos hidup golongan OKU yang lebih tinggi.

"Aksesbiliti kepada pendidikan akan beri peluang kepada golongan OKU berdikari dan menyumbang kepada arus pembangunan negara," katanya ucapan pelancaran di sini pagi tadi.

Disability Endowment Fund UIAM akan digunakan untuk membantu pelajar dan kakitangan OKU dan mewujudkan kerjasama dengan pertubuhan lain seperti Lembaga Zakat Selangor dalam menambah baik fasiliti bagi OKU di sini. - K! ONLINE

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 31