TERKINI

Malaysia tidak amalkan kadar tol serata

Malaysia tidak amalkan kadar tol serata

17/10/2015 3:47pm


ABDUL WAHID (Tengah) menyertai larian lima kilometer Stats Run 2015 sempena Hari Statistik Sedunia di Dataran Putrajaya hari ini. Foto: RASHID MAHFOF


PUTRAJAYA - Malaysia tidak mengamalkan pendekatan mengenakan kadar tol lebuh raya yang serata atau tetap tanpa sebarang kenaikan seperti yang diamalkan di sesetengah negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Beliau berkata, pendekatan kadar tol yang serata akan menyebabkan bayaran tol yang dikenakan adalah tinggi sejak dari awal penggunaan lebuh raya.

"Malaysia mengambil pendekatan di awal penggunaan kadar tol adalah rendah dan membenarkan syarikat konsesi meningkatkannya pada setiap tiga tahun atau lima tahun," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu kenaikan tol di 12 lebuh raya di Lembah Klang yang diumumkan baru-baru ini.

Abdul Wahid ditemui selepas menyertai lebih 4,000 peserta larian Statsrun 2015 anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putrajaya di sini hari ini. Larian ini diadakan bersempena Hari Statistik Sedunia pada 20 Oktober.

Jelas beliau, peningkatan kadar tol bergantung kepada kos pembinaan, kos pembiayaan dan pembayaran balik hutang yang diambil oleh syarikat konsesi kepada pembiaya.

Abdul Wahid berkata kenaikan kadar tol dibenarkan berdasarkan unjuran kewangan syarikat konsesi iaitu unjuran trafik berbanding kos pembinaan, kos penyelenggaraan dan kos pembiayaan. - Bernama

Pesona!»

Serawa Labu Manis Nestum pikat juri

ALISA bersama suami, Shahrizal Bakar dan empat orang anaknya bergambar selepas dinobatkan sebagai Ratu Empayar Sajian Nestum 2017.

Varia!»

Terminal Pukal Lekir beroperasi selama 24 jam

Kesibukan sering berlaku di pintu masuk LBT yang membekalkan arang batu ke Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung, Perak.

Process time in ms: 47