TERKINI

Malaysia sertai penyelidikan neuroinformatik penyakit otak

Malaysia sertai penyelidikan neuroinformatik penyakit otak

09/10/2015 5:59pm

KUALA LUMPUR - Malaysia menjadi negara ke-18 di dunia menyertai International Neuroinformatics Coodinating Facility (INCF) yang melakukan penyelidikan neuroinformatik mengenai penyakit otak.

Mandat telah diberikan kepada Universiti Teknologi Petronas (UTP) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi bagi menjalankan penyelidikan rentas disiplin termasuk kecederaan otak traumatik, nyanyuk dan sawan yang merupakan penyakit pembunuh keempat tertinggi di Malaysia.

Sebagai negara dengan penduduk menua Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, ia merupakan acara bersejarah bagi negara kerana ia merupakan bidang penting untuk diberi perhatian.

"Ini bukan sekadar mewakili universiti tetapi mewakili Malaysia menjadi negara ke-18 di dunia yang terbabit dan berkolaborasi dengan INCF.

"Saya mendapati ini suatu yang sangat baik dan bermanfaat kepada negara kita kerana ia memperkata tentang pengumpulan data dan penyusunan semula pangkalan data mengenai kajian neuroinformatik dan otak," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - Bernama

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 47