NEGARA

Skrip filem tempatan merapu

Skrip filem tempatan merapu


Mohd. SALLEH (tiga dari kanan) menyampaikan surat lantikan kepada Mohd. Khusairi di Putrajaya semalam. Turut kelihatan ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari (dua dari kanan).


PUTRAJAYA – Skrip merapu dan jalan cerita yang membosankan antara punca utama filem tempatan tidak mendapat sambutan dalam kalangan penonton di pawagam di seluruh negara.

Situasi itu menyebabkan penonton yang ke pawagam lebih cenderung memilih filem luar negara yang disifatkan memenuhi citarasa mereka selain skrip yang mantap.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas), Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib berkata, aspek penulisan skrip dan jalan cerita perlu diberikan perhatian serius oleh pengeluar filem tanah air bagi mengelakkan penonton jemu dan tidak lagi mahu menonton karya tempatan.

Menurut beliau, bila­ngan penonton yang pergi ke pawagam semakin meningkat setiap tahun tetapi bilangan yang menonton filem tempatan berkurangan kerana tidak mendapat sambutan.

“Puncanya adalah skrip yang merapu-rapu.

“Penonton juga banyak tertipu dengan promosi filem yang hebat namun, apabila mereka ke pawagam filem yang dihasilkan amat membosankan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 47