TERKINI

GST: Aduan pembelian kad tambah nilai prabayar tertinggi

GST: Aduan pembelian kad tambah nilai prabayar tertinggi

02/04/2015 1:35pm

KUALA LUMPUR - Sebanyak 815 aduan diterima mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sehingga semalam, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, daripada jumlah itu, 40 peratus merupakan aduan mengenai pembelian kad tambah nilai prabayar telefon yang turut dikenakan caj GST.

"Pada ketika saya menjawab soalan ini, pihak Kastam Diraja Malaysia telah memanggil syarikat telekomunikasi untuk memberi keterangan mengenai aduan yang diterima ini.

Jika mereka berdegil tidak mahu mengikut arahan, maka kita akan bawa kes ini ke mahkamah dan ia akan jadi kes pertama sekiranya masih berdegil," katanya semasa menjawab soalan tambahan Datuk Sapawi Amat Wasali (BN-Sipitang).

Ahmad menasihatkan pembeli menyimpan resit pembelian dan pergi semula ke mana-mana premis perniagaan bagi membuat tuntutan bayaran balik wang yang telah dibayar semasa membeli kad tambah nilai prabayar telefon. - Bernama

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 31