RUANG

Cita rasa Bali kontemporari

Cita rasa Bali kontemporari


BILIK urutan untuk pengunjung yang hadir secara berpasangan.


KESIBUKAN masyarakat hari ini dalam mengejar cita-cita di samping menguruskan keluarga sering membuatkan diri terlupa yang badan juga memerlukan rehat mencukupi supaya tidak sakit di kemudian hari.

Jika berharap untuk berehat di rumah, rasanya tidak mungkin fikiran akan betul-betul tenang kerana ada sahaja kerja yang perlu dilakukan seperti mengemas, mencuci, menyusun atur perabot dan memasak.

Menyedari masalah tersebut, ramai yang beralih ke spa sebagai terapi alternatif kepada perkhidmatan tukang urut profesional.

Menurut Pengarah Ozmosis Health & Day Spa (Ozmosis), Lennie Chua, suasana tenang, dekorasi menarik di samping alunan muzik yang mengasyikkan pasti membuatkan pengunjung berasa puas serta segar selepas menjalani rawatan di spa.

Katanya, di Ozmosis, pelanggan pasti terpukau dengan konsep moden kontemporari dan ala Bali yang diketengahkan.

“Kami memilih konsep ini kerana seperti yang diketahui umum, Bali amat terkenal sebagai pusat istirahat dan destinasi pelancongan menarik untuk melapangkan fikiran.

“Bagi mengadaptasikan suasana itu, kami bawakan konsep tersebut ke spa yang terletak di tengah bandar ini.

“Apabila tetamu mengunjungi spa ini, sedikit sebanyak mereka dapat melupakan kesibukan di ibu kota buat seketika dan berasa seperti berada di sebuah resort peranginan,” katanya panjang lebar.

Tambah Lennie, bagi menyuntik konsep ala Bali yang sebenar, pihaknya menempah khas pelbagai perabot dari Bali seperti meja kopi, cermin, rangka pintu, bangku rehat dan panel penghadang.

Bidai buluh


RUANG untuk pelanggan yang ingin melakukan majlis meraikan bakal pengantin.


Sementara itu, bagi menambahkan suasana tenang, unsur air diterapkan pada spa tersebut menerusi kewujudan air pancut yang terdapat di ruang foyer.

Malah, tumbuh-tumbuhan tropika seperti bunga heliconia yang dihias cantik di dalam pasu menyuntik elemen semula jadi secara ringkas.

Kombinasi haruman serai wangi dan halia menambahkan lagi kedamaian dalam diri.

Selain itu, warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning dapat dilihat menguasai ruang spa yang sudah beroperasi selama hampir 15 tahun itu.

Rona terang itu bukan sahaja mencetuskan suasana ceria, malah secara tidak langsung menyuntik aura bertenaga kepada setiap pengunjung yang datang ke spa berkenaan.

Dalam pada itu, Lennie memberitahu, di spa tersebut terdapat sembilan buah bilik yang disediakan bagi memudahkan pelanggan mendapatkan rawatan pada satu-satu masa.

“Di spa ini kami mempunyai dua buah bilik rawatan wajah, skrub badan, urutan untuk seorang, urutan untuk berpasangan dan satu bilik urutan tradisional Cina.

“Selain itu, kami juga mempunyai sebuah bilik khas khusus untuk rawatan kuku,” ujarnya yang melantik pereka hiasan dalaman dari England untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian yang menelan belanja RM1 juta.

Menurut Lennie, dekorasi dan susun atur perhiasan serta perabot diletakkan secara berbeza-beza supaya pengunjung tidak berasa bosan.

Di bilik urutan berpasangan dan berseorangan misalnya, pasu yang dipenuhi batu-batu sungai diubah suai menjadi sinki.

Bidai daripada jalinan bilah buluh dijadikan tirai tingkap, manakala penataan perabot daripada rona coklat melengkapkan konsep Bali yang ingin diketengahkan.

Lennie menjelaskan, di bilik rawatan berpasangan, sebuah tab mandi untuk pelanggan menjalani rawatan mandi bunga dan susu aromaterapi disediakan.

Harga bagi mandian susu aromaterapi ialah RM50 untuk 20 minit, manakala mandian bunga berharga RM100 untuk 30 minit.

Batu panas


SPA Ozmosis membawakan konsep moden kontemporari dan ala Bali.


Menariknya, kata Lennie, pihaknya turut menyediakan ruang khas untuk pelanggan yang ingin melakukan majlis meraikan bakal pengantin.

Lebih unik, bilik itu boleh dihias secara percuma mengikut tema yang dikehendaki.

“Pada hari temu janji, pihak Ozmosis akan menjemput pasangan bakal pengantin di rumah.

“Mereka akan menerima layanan istimewa menerusi sesi urutan aromaterapi selama dua jam. Kami juga menyediakan aktiviti permainan yang menghiburkan,” jelasnnya.

Perkhidmatan tersebut ditawarkan pada harga RM199 seorang.

Selain itu, urutan menggunakan batu panas juga disediakan di spa Ozmosis dengan harga RM190 untuk 60 minit dan RM240 untuk 90 minit.

Urutan skrub badan pula bermula daripada harga RM170 hingga RM280 untuk setengah jam.

Antara jenis skrub yang disediakan ialah bunga raya, halia, garam laut, kopi, bunga mawar dan lumpur laut.

“Untuk rawatan menghias kuku pula, kami menawarkan harga RM50 untuk rawatan kuku tangan dan RM60 untuk kuku kaki.

“Melalui rawatan-rawatan yang disediakan kami berharap pengunjung yang sibuk dalam menjalani aktiviti seharian dapat menenangkan diri seketika apabila berkunjung ke spa ini,” katanya yang mempunyai enam orang kakitangan bertauliah.

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 63