NEGARA

Pertarungan dua gergasi bola

Pertarungan dua gergasi bola


Ketua pasukan Pahang, Razman Roslan (dua dari kiri) dan ketua pasukan Johor DT, Safiq Rahim (tiga dari kiri) serta jurulatih pasukan masing-masing, Zainal dan Hodak, bersama trofi Piala Malaysia pada sidang akhbar perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.


KUALA LUMPUR – Saingan Liga Malaysia yang bermula Februari lalu akan menutup tirai dengan aksi kemuncak final Piala Malaysia yang menemukan dua gergasi bola sepak tanah air, Pahang dan Johor Darul Takzim (Johor DT), di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini malam ini.

Final impian itu juga sememang­nya amat dinantikan jutaan peminat sukan seluruh negara selaras dengan permintaan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahukan perlawanan berkualiti daripada kedua-dua pasukan.

Selaku juara bertahan, Tok Gajah yang gah dengan reputasi sebagai juara Piala FA dan Piala Sumbangsih tahun ini mahu mengulangi kemenangan musim lalu setelah menewaskan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir.

Kejayaan skuad Tok Gajah di bawah naungan Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah itu juga sudah pasti mahu dihadiahkan buat Sultan Ahmad Shah sempena ulang tahun keputeraan baginda pada 24 Oktober lalu.

Skuad Harimau Selatan yang hadir dengan kejayaan merangkul piala Liga Super pula sudah pasti ingin menambah koleksi trofi mereka musim ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Teruja sambut Aidilfitri di Malaysia

MUHAMMAD Rasyad, (kiri), Muhammad Adam (tengah) dan Zuhaira menyambut hari raya pertama bersama mualaf lain di Hidayah Centre Foundation sebelum berlepas ke Abu Dhabi pada hari raya kedua.

Process time in ms: 31