NEGARA

Janji tiada pembalakan, perlombongan

Janji tiada pembalakan, perlombongan


SEKUMPULAN pelancong menunjukkan isyarat bantahan berdekatan papan tanda perlombongan emas di Taman Rimba Kenong, Kuala Lipis baru-baru ini.


KUALA LIPIS - Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad memberi jaminan Taman Rimba Kenong di sini kini sudah 90 peratus selamat daripada sebarang aktiviti penerokaan, pembalakan dan perlombongan.

Katanya, jaminan itu dimaklumkan sendiri oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob kepada beliau selepas satu mesyuarat Exco Pahang yang diadakan baru-baru ini.

"Saya sendiri telah berjumpa dengan Menteri Besar dan menyuarakan kebimbangan penduduk mengenai aktiviti penerokaan hutan yang mahu dilaksanakan di taman negeri itu.

"Menteri Besar sendiri memberi jaminan bahawa tiada sebarang aktiviti penerokaan akan diluluskan di Taman Rimba Kenong sama ada yang telah dimohon atau dalam proses permohonan," katanya.


PENDUDUK kampung dan pengusaha industri pelancongan menyambut baik jaminan Menteri Besar Pahang untuk menyelamatkan Taman Rimba Kenong.


Keputusan itu dibuat selepas projek pembalakan hutan dan perlombongan di kawasan seluas 190 hektar di Taman Rimba Kenong mendapat bantahan penduduk kampung, pengusaha industri pelancongan malah turut didedahkan Kosmo! sejak kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas menerima memorandum bantahan Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Taman Rimba Kenong daripada Ketua Kampung Kuala Kenong, Abdul Rahman Bilal Endil di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 31