HIBURAN

Terpulang pada persepsi individu - Ayu Raudhah

Terpulang pada persepsi individu - Ayu Raudhah


AYU RAUDHAH dan suaminya, pemian bola sepak Zaquan Adha kini bahagia bersama dua orang anak.


PELAKON Ayu Raudhah menerima kritikan yang hebat oleh peminat apabila sekeping gambarnya sedang menyusukan anak dimuat naik ke laman Instagram milik suaminya, Zaquan Adha.

Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan, 29, dilihat memangku dan menyusukan anaknya, Muhammad Aisy Aryann, setahun, sambil Zaquan merakamkan gambar mereka dengan menggunakan monopod.

Sejurus selepas gambar tersebut dimuat naik menerusi Instagram milik Zaquan, ramai pengikut pemain bola sepak itu meninggalkan komen yang menyelar tindakan tersebut.

Tidak habis dengan isu gambar menyusukan anak, menerusi akaun Twitternya, Zaquan sekali lagi memanaskan situasi Ayu dengan satu amaran keras melarang isterinya itu daripada meneruskan kerja lakonan.

Zaquan ternyata berang apabila terdapat satu babak dalam filem Lagenda Budak Setan 3 (LBS3) menyaksikan seorang pelakon lelaki lakonan Iqram Dinzly mengasari isterinya secara keterlaluan.

Kosmo!: Adakah Ayu sedar tentang gambar yang dikongsikan oleh suami anda menjadi perbualan hangat pengguna internet?

AYU RAUDHAH: Tidak sama sekali, tetapi, saya ada membaca komen-komen yang dihantar oleh pengikut Instagram suami saya.

Apakah tujuan utama suami anda memuat naik gambar tersebut?

Kami tidak mengambil gambar dalam keadaan saya menyusukan anak untuk suka-suka. Gambar itu dirakamkan ketika kami berada di dalam feri menuju ke Pulau Payar, Langkawi, Kedah. Saya hanya sedar tentang aksi menyusukan anak itu selepas suami saya memuat naik gambar itu.

Adakah anda merancang untuk memadamkan gambar tersebut bagi mengelakkan isu ini diperbesarkan?

Tidak. Saya bukan berniat untuk mempamerkan aksi saya menyusukan anak. Lagipun, pada pendapat saya, itu perkara yang normal. Mungkin disebabkan saya dan suami saya dikenali umum, orang ramai mula memperbesarkan perkara ini.

Apakah reaksi suami anda ketika mendapat tahu tentang perkara tersebut?

Dia juga terkejut apabila isu ini mendapat perhatian ramai. Namun, dia okay sahaja. Kami berdua membiarkan peminat memberikan pendapat dan tidak mengeruhkan keadaan dengan memadam atau menghalang (block) mereka yang terlibat.

Sebagai seorang artis, adakah anda takut gerak-geri anda menjadi bahan perhatian?

Memang menjadi lumrah, setiap kelakuan artis menjadi tumpuan. Tetapi, kita harus ingat bahawa artis juga manusia biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Selain itu, ia terpulang kepada persepsi individu itu sendiri.

Bagaimana pula reaksi anda terhadap kenyataan berbau amaran oleh Zaquan berhubung adegan pukul dalam filem LBS3. Adakah dia benar-benar marah melihat anda dipukul oleh Iqram?

Dia (Zaquan) bukan melarang saya daripada terus berlakon tetapi meminta saya agar tidak menerima tawaran yang melibatkan adegan pukul-memukul. Dia hanya mahu mempertahankan saya.

Adegan itu kelihatan benar-benar berlaku, sejauh mana realiti kekasaran yang dilakukan Iqram?

Pada awalnya saya ingat ia sekadar lakonan yang biasa-biasa, tetapi tidak sangka pula babak itu mendatangkan rasa sakit. Saya memang ada mengadu kepada Zaquan tentang perkara itu tetapi selepas menonton sendiri filem berkenaan barulah dia berasa terkejut. Dia tidak marah tetapi mahu saya lebih peka. Maklumlah saya ibu kepada anak-anaknya. Saya juga dinasihatkan agar berhati-hati memilih skrip. Tidak boleh berlakon cerita ganas-ganas.

Rencana Utama!»

Kalam, Zahidi, Bazliah pekerja OKU berjaya

NURUL BAZLIAH (kanan) gembira apabila Kalam berjaya menamatkan sarjana dalam jurusan syariah di Universiti Malaya pada tahun 2010.

Varia!»

Cara Marisa hargai jasa Ah Ma

Marisa menunjukkan lukisan bermakna baginya iaitu Because I Love You (kiri) dan Ong’s Garden 1 (kanan).

Process time in ms: 46