PIALA DUNIA 2014

Messi terlepas peluang mengukuhkan legasi

Messi terlepas peluang mengukuhkan legasi

15/07/2014 10:48am

RIO DE JANEIRO – Kapten Argentina, Lionel Messi menutup kempen Piala Dunia 2014 dengan merangkul ‘trofi emas’, namun ia bukanlah yang dimahukan sebenarnya.

Ini kerana Messi gagal membantu The Albiceleste merangkul trofi Piala Dunia 2014 selepas tewas 0-1 kepada Jerman pada aksi final di Stadium Maracana, Rio de Janeiro awal pagi semalam.

Sebaliknya, bintang Barcelona itu menerima anugerah Bola Emas atas persembahan mengagumkan sepanjang kempen di Brazil kali ini.

Messi menyedari kegagalan menjuarai Piala Dunia bersama Argentina kali ini akan menghalangnya daripada mengukuhkan tempat sebaris legenda-legenda bola sepak dunia.

“Kebenarannya ialah ia sudah tidak menarik minat saya buat masa ini,” kata Messi.

Bukan sahaja berjaya menjuarai segala-galanya, namun pemain berusia 27 tahun itu turut meleburkan rekod demi rekod sewaktu beraksi dengan Barcelona.

Justeru, pentas Piala Dunia membuka peluang kepadanya menjadi pelengkap terakhir koleksi trofi dimenangi bagi menjamin tempat dalam kalangan legenda dunia.

Kehebatan Messi tidak perlu dibuktikan lagi apabila dia telah merekodkan 354 jaringan dalam 425 penampilan bersama The Catalan dalam semua kejohanan disertai.

Begitupun, Messi mengakui tiada apa dalam dunia ini yang dapat menggantikan kejayaan memenangi Piala Dunia.

“Saya rela memberikan semua rekod peribadi saya bagi menjadi juara Piala Dunia.

“Saya lebih suka memilih menjuarai Piala Dunia berbanding Ballon d’Or. Sebagai seorang pemain, menjuarainya adalah satu kejayaan terbesar dalam hidup.

“Ia adalah impian sejak kamu kecil lagi dan impian itu tidak akan pernah padam,” jelasnya. – AFP

Rencana Utama!»

Peluang miliki tanah, rumah sukar ditolak

DARI KIRI: Mat, Heng Bung dan Appachi melihat gambar-gambar lama peneroka asal di Muzium Felda Lurah Bilut.

Horizon!»

Smurfs ubah kehidupan penduduk Juzcar

Salah satu patung watak animasi Smurfs yang menghiasi kampung Juzcar, Sepanyol.

Varia!»

Penjajahan secara kawalan jauh

KEHARMONIAN dan keamanan negara perlu dijaga dengan baik demi masa depan generasi akan datang. – Gambar hiasan

Process time in ms: 31