RENCANA UTAMA

Guna masa luang di KLIA2

Guna masa luang di KLIA2


TERDAPAT enam laluan lebuh raya yang menghubungkan antara pusat bandar dengan KLIA2. - Gambar hiasan


JIKA selama ini anda yang menetap di sekitar Sepang, Selangor terpaksa memandu sejauh 60 kilometer untuk menuju ke pusat bandar semata-mata ingin keluar membeli-belah, kini anda boleh menjimatkan masa perjalanan dengan berbelanja di [email protected] yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, Sepang, Selangor.

Usah bimbang jika anda tidak mempunyai tiket penerbangan untuk ke mana-mana destinasi kerana pusat beli-belah baharu itu sememangnya dibuka kepada semua bagi mendapatkan barangan keperluan atau sekadar ingin menikmati hidangan tengah hari dan malam.

Membeli-belah, makan dan jana mata ganjaran untuk menebus tiket penerbangan percuma bagi destinasi percutian anda yang seterusnya. Ia kedengaran sukar dipercayai namun itulah tarikan yang ditawarkan di [email protected] kepada pelancong dan penduduk setempat.

Pengurus Pusat [email protected], Vincent Chong berkata, pelancong dan penumpang pesawat dinasihatkan agar tiba di KLIA2 tiga jam lebih awal sebelum waktu daftar masuk untuk membolehkan mereka meneroka secara menyeluruh tawaran menarik yang terdapat di [email protected]

"[email protected] bukan sekadar pusat beli-belah yang anda pernah kunjungi. Kami pasti mereka yang berpengalaman berbelanja di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) sebelum ini dapat melihat perbezaan yang besar.

"Kami ingin mengisi jurang antara lapangan terbang dengan pelancong supaya mereka dapat menggunakan masa terluang dengan sebaiknya sebelum berlepas ataupun setibanya di sini," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di lapangan terbang itu baru-baru ini.

Pengunjung bukan sahaja dapat menikmati persekitaran membeli-belah yang berlainan malah dapat menyaksikan pemandangan kapal terbang mendarat dan berlepas di udara. Ia pasti berbeza dengan pusat beli-belah yang terdapat di ibu negara.

Selain itu, pengunjung dari pusat bandar boleh ke [email protected] menggunakan enam laluan lebuh raya utama iaitu melalui Lebuh Raya Elite, Damansara-Puchong (LDP), Konsortium Expressway Shah Alam Selangor (KESAS), Maju Expressway (MEX) dan Lembah Klang Baharu Expressway (NKVE).

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 47