DUNIA

Peminat Piala Dunia mati kurang tidur

Peminat Piala Dunia mati kurang tidur


REAKSI peminat sukan bola sepak China semasa menyaksikan perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 antara Brazil dan Crotia di Xuchang, utara wilayah Henan baru-baru ini.


SUZHOU, China - Seorang peminat bola sepak mati dipercayai akibat kurang tidur selepas berjaga beberapa malam untuk menonton siaran langsung Piala Dunia.

Lelaki yang berusia 25 tahun itu ditemui mati di hadapan televisyen di rumahnya di Suzhou berhampiran Shanghai.

Perbezaan waktu antara Suzhou dan Brazil adalah 11 jam.

Ini bermakna peminat bola sepak di China perlu berjaga sepanjang malam untuk mengikuti perlawanan Piala Dunia, lapor laman web Yahoo Sports.

Doktor berkata, kematian itu berkaitan dengan kurangnya tidur.

Bagaimanapun, masih tidak pasti sama ada ia disebabkan oleh keletihan atau kemungkinan serangan jantung, lapor agensi berita, Xinhua.

Kematian lelaki itu menunjukkan wujudnya peningkatan masalah obses terhadap internet dan televisyen di China.

Malah, hospital di China juga menyaksikan peningkatan bilangan pesakit yang dimasukkan dengan gejala keletihan semasa Piala Dunia 2006 dan 2010 yang berlangsung sebelum ini, lapor Xinhua.

Dalam Kejuaraan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012, seorang penyokong bola sepak juga dilaporkan mati akibat keletihan selepas 11 malam tidak tidur untuk menonton setiap perlawanan kejohanan itu. - Agensi

Rencana Utama!»

Lokomotif stim 6015 identiti berharga Sabah

LOKOMoTIF 6015 merupakan kereta api stim tunggal di Sabah yang berusia lebih separuh abad dan masih boleh digunakan.

Varia!»

Mencari pewaris peniup serunai

Mohd. Amir menunjukkan serunai yang dimainkan selepas selesai melakukan persembahan di Kampung Labu Kubong, Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.

Process time in ms: 47