DUNIA

Dua mati bangunan runtuh di Kalimantan

Dua mati bangunan runtuh di Kalimantan

BEBERAPA anggota penyelamat mengusung seorang pekerja yang cedera dalam runtuhan sebuah bangunan di Samarinda kelmarin.


JAKARTA - Dua orang pekerja terbunuh dan sekurang-kurangnya 13 orang lagi cedera apabila sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan runtuh di Borneo semalam.

Ketua agensi pengurusan bencana tempatan, Wahyu Widhi Wiranata berkata, lapan orang pekerja cedera apabila struktur bangunan tiga tingkat tempat mereka bekerja runtuh.

Runtuhan itu berlaku di Samarinda iaitu ibu kota bagi Wilayah Kalimantan Timur.

"Anggota-anggota penyelamat mengeluarkan dua mayat di bawah runtuhan selepas gerakan mencari dilakukan," kata Wiranata.

Dia berkata, anggota-anggota penyelamat terdengar jeritan meminta tolong mangsa-mangsa di bawah runtuhan itu.

Lebih 50 orang berjaya menyelamatkan diri dalam kedalam kejadian itu, katanya.

Punca runtuhan bangunan kedai itu masih belum diketahui.

Media melaporkan, mangsa-mangsa yang terselamat memberitahu, kebanyakan pekerja tidur dalam bangunan berkenaan selepas mereka menyiapkan tingkat tiga bangunan tersebut.

Bangunan itu menempatkan beberapa lot kedai apabila ia siap sepenuhnya. - AGENSI

Process time in ms: 109