NEGARA

Larian Bebas Rasuah 20 April ini

Larian Bebas Rasuah 20 April ini


LIAN HOE (berdiri lima dari kanan) menerima borang penyertaan Larian Saya Bebas Rasuah daripada Pegawai Belia dan Sukan Kepong dan Segambut, Siti Rosmah Wati Abd. Rafor di Padang Merbok, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Larian Saya Bebas Rasuah bakal disertai kira-kira 10,000 peserta yang bermula di Padang Merbok di sini sejauh tiga kilometer pada 20 April ini bermula 7.30 pagi.

Pengerusi penganjurnya, Datuk Tan Lian Hoe berkata, larian itu akan melibatkan 18 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pejabat Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan, Kelab Belia 4B, parti politik pemerintah dan pembangkang.

Beliau turut mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyertai larian itu sebagai tanda sokongan kepada program berkenaan.

"Program ini adalah simbolik ikrar kita sebagai rakyat Malaysia yang mahu bebas daripada rasuah tanpa mengira individu, syarikat, parti politik atau NGO, semua pihak itu terdedah kepada gejala rasuah.

"Setakat ini 5,000 peserta telah mengesahkan kehadiran termasuk syarikat multinasional dan kita berharap lebih banyak syarikat akan menghantar penyertaan,"jelasnya pada satu sidang akhbar di sini semalam.

Lian Hoe berkata, program larian yang sama akan diadakan di setiap negeri bermula di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan berakhir pada November depan di Taman Wawasan, Puchong, Selangor.

Beliau berkata, pihaknya akan mempergiatkan kempen menambah penyertaan dalam larian tersebut seperti melibatkan golongan artis.

"Program ini tidak berlandaskan mana-mana parti politik, jadi kami mengalu-alukan semua pihak untuk bersama-sama berikrar untuk bebas rasuah pada program larian tersebut," ujarnya.

Mereka yang berminat untuk menyertai larian ini boleh menghubungi talian 03-9287 6868 sambungan 121 atau merujuk laman web imfreefromcorruptionrun.wordpress.com.

Rencana Utama!»

Cabaran penggal kedua Rousseff

AKHBAR-AKHBAR Brazil melaporkan kemenangan Rousseff sebagai President Brazil ke-36.

Horizon!»

Percutian santai di bumi Perlis

PARA pengunjung boleh merasai pengalaman memberi makanan kepada burung unta di Taman Agro-Lancong.

Varia!»

Penceraian yang dilaknat Allah

PERCERAIAN li’an yang melibatkan penafian nasab terhadap anak yang dikandung akan dilakukan selepas kelahiran bayi tersebut. – Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15