TERKINI

Catuan air peringkat ketiga bermula 10 Mac ini

Catuan air peringkat ketiga bermula 10 Mac ini

07/03/2014 4:22pm

CYBERJAYA - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) akan melaksanakan catuan peringkat ketiga pengagihan air berjadual membabitkan sebanyak 315 kawasan di enam daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya membabitkan 1.4 juta pengguna bermula 10 hingga 31 Mac ini.

Enam daerah tersebut Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor membabitkan sebanyak 290,865 pintu rumah.

Catuan air peringkat ketiga penyusutan berterusan semua empangan di Selangor yang membekalkan air kepada penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Datuk Teo Yen Hua pada sidang akhbar di sini, sebentar tadi. - KOSMO!

Rencana Utama!»

Panji hanya untuk pasukan cemerlang

Sultan Ahmad Shah (dua kanan) diiringi Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Roslan Saad (kanan) menganugerahkan panji kepada No. 20 Skuadron.

Varia!»

Saffron hidup cara in vivo di Malaysia

saffron merupakan ‘emas merah’ yang digunakan dalam masakan dan makanan kesihatan.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 32