NEGARA

Buku teks digital dilancar

Buku teks digital dilancar


IDRIS (kiri) melihat seorang pelajar mengakses buku teks digital di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor semalam. Turut kelihatan Pengarah Bahagian Buku Teks, Abdul Ghani Mohamad Niza.


PETALING JAYA Semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara kini boleh mengakses 313 judul buku teks versi digital secara online bermula tahun ini sebagai alternatif kepada buku teks bercetak sedia ada.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pengenalan buku teks digital itu adalah salah satu inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tahun lalu.

Menurut beliau, inisiatif yang dilakukan Kementerian Pendidikan itu sebahagian usaha memaksimumkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ke arah pendidikan berkualiti tinggi bertaraf antarabangsa.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Horizon!»

Berkelah, jamu selera di air terjun

Sebahagian peserta tidak melepaskan peluang bermandi-manda di air terjun Setinggi.

Varia!»

Cabar keupayaan diri dalam sukan lasak

LEBIH 5,000 orang peserta menyertai Perlumbaan Reebok Spartan di Semenyih Eco Venture, Selangor baru-baru ini.

Process time in ms: 47