DUNIA

Morsi berbalah dengan hakim

Morsi berbalah dengan hakim

MORSI berada di dalam kandang pesalah di sebuah mahkamah di pinggir Kaherah, Mesir semalam.


KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi dibicarakan di sebuah mahkamah semalam atas tuduhan melarikan diri dari penjara semasa kebangkitan rakyat menentang pentadbiran Hosni Mubarak pada tahun 2011.

Kesnya dibicarakan sehari selepas pihak tentera negara itu mengesahkan, Ketua Tentera, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi bakal bertanding dalam pilihan raya presiden tidak lama lagi.

Ketika ketegangan semakin memuncak ekoran perbicaraan itu, seorang lelaki menembak mati seorang ketua polis ketika mangsa keluar dari rumahnya di barat Kaherah.

Pada perbicaraan itu, imej televisyen memaparkan Morsi yang memakai baju penjara berwarna hitam putih berada dalam keadaan marah dengan me- ngangkat kedua-dua belah tangan di mahkamah.

"Siapa kamu? Adakah kamu tahu siapa saya?'' kata Morsi kepada hakim tersebut.

Seorang hakim menjawab: "Saya ialah Presiden di Mahka- mah Jenayah Kaherah."

Seramai 21 lagi individu turut berada di dalam kandang pesalah termasuk Mursyidul Am pergera- kan Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie.

Secara keseluruhannya, seramai 131 individu didakwa dalam perbicaraan tersebut termasuk berpuluh-puluh anggota Ikhwanul Muslimin, Hamas dan pergerakan Hezbollah.

Perbicaraan tersebut dijalankan dengan kawalan keselamatan yang ketat di sebuah mahkamah di dalam sebuah akademi polis di luar Kaherah.

Morsi juga berdepan dengan tuduhan pengintipan membabitkan Hamas.

Namun, perbicaraan melarikan diri dari penjara itu akan disambung pada 22 Februari depan bagi membolehkan para peguam mengkaji kes tersebut.

Satu lagi perbicaraan Morsi berhubung tuduhan menghina badan kehakiman masih belum ditetapkan.

Beliau yang merupakan presi- den pertama dipilih secara demo- krasi di negara itu, digulingkan oleh tentera pada 3 Julai tahun lalu selepas bantahan rakyat terhadap dasar-dasar Morsi.

Antara dasar yang mencetuskan kemarahan penduduk ialah keputusan yang dibuat Morsi tidak boleh dicabar di mahkamah. - Agensi

Rencana Utama!»

Lokomotif stim 6015 identiti berharga Sabah

LOKOMoTIF 6015 merupakan kereta api stim tunggal di Sabah yang berusia lebih separuh abad dan masih boleh digunakan.

Varia!»

Mencari pewaris peniup serunai

Mohd. Amir menunjukkan serunai yang dimainkan selepas selesai melakukan persembahan di Kampung Labu Kubong, Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.

Process time in ms: 47