NEGARA

Boleh beli produk Superbest Power secara dalam talian

Boleh beli produk Superbest Power secara dalam talian

PRODUK Superbest Power kini boleh dibeli secara dalam talian untuk memudahkan pelanggan menyertai Peraduan Superbest Power-Kosmo!.


KUALA LUMPUR – Bagi menghargai kesetiaan pelanggan terhadap produk kopi Superbest Power, syarikat Superbest Power Health Food & Beverages Sdn. Bhd. menyediakan konsep belian secara dalam talian dengan kos penghantaran secara percuma ke seluruh negara.

Pengarah Urusan Superbest Power, Kamal Mohd. Nor berkata, kemudahan itu merupakan hadiah daripada pihak syarikat kepada pengguna produk tersebut sempena Peraduan Superbest Power-Kosmo!.

“Pihak kami sangat menghargai kesetiaan pelanggan dan cuba berusaha membantu mereka yang menghadapi kesukaran mendapat produk ini terutamanya yang berada di Terengganu dan Pahang kerana berdepan banjir.

“Bagi mereka yang mahu membeli produk Superbest Power secara dalam talian boleh menghantar e-mel yang lengkap dengan nama, alamat, produk dan kuantiti yang ingin dibeli ke superbestpower@gmail.com atau melalui Facebook di Facebook.com/superbestpowermalaysia.

“Selain itu, jika menghadapi kesukaran untuk mendapatkan produk pengguna boleh juga menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) di talian 017-3929 092,” katanya.

Peraduan Superbest Power-Kosmo! yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM150,000 bermula 8 Disember lalu sehingga 16 Januari 2014.

Peraduan tersebut menyediakan hadiah pertama wang tunai RM20,000, kedua RM10,000, ketiga RM8,000 dan saguhati 10 buah TV LED serta 30 buah telefon pintar Samsung Galaxy S4 Zoom.

Tambah Kamal, kepada pelanggan yang ingin mendapatkan produk Superbest dan ingin menyertai peraduan, pastikan produk yang dibeli disertakan dengan kupon peraduan.

“Kami juga sedia menerima tempahan dalam kuantiti yang banyak dan kos penghantaran masih lagi percuma selama peraduan ini berlangsung,” jelasnya.

Infiniti!»

Terbang, rakam dan analisis imej

PELAJAR UTM (dua dari kiri) menerangkan bagaimana UAV dikawal menggunakan perisian khas dari paparan skrin komputer.

Varia!»

Belia Islam Belgium kunjungi Terengganu

TERUJA. Ahli-ahli belia islam Belgium tidak ketinggalan mencuba memainkan alat muzik tradisional

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16