TERKINI

Tugasan skuad muda 1JPJ bermula tahun depan - Ketua Pengarah JPJ

Tugasan skuad muda 1JPJ bermula tahun depan - Ketua Pengarah JPJ

01/12/2013 10:58pm

MARANG - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggerakkan kira-kira 15,000 anggota Skuad Muda 1JPJ, bagi melaksanakan tugasan pertama mereka menjelang sambutan Tahun Baru Cina pada Februari depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, ia bagi membolehkan anggota skuad membantu dalam tugasan penguatkuasaan anggota JPJ di seluruh negara.

Kata Ismail bahawa skuad muda mula ditubuhkan pada Ogos lalu berperanan melaporkan salah laku pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan itu.

"Dengan penglibatan mereka (Skuad Muda 1JPJ) sekali gus dapat membantu pihak penguasaan.

"Dapat mendisiplin dan mendidik masyarakat dan pemandu untuk mematuhi peraturan jalan raya, katanya selepas menutup Program 1Komuniti 1JPJ (SKSJ) daerah Marang di sini.

Menurut Ismail, skuad itu akan ditempatkan di setiap 50 kilometer di beberapa lebuh raya utama di seluruh negara dan setiap 30 kilometer bagi jalan negeri atau jalan Persekutuan. - Bernama

Process time in ms: 0