TERKINI

Keganasan terhadap wanita meningkat saban tahun - Rela

Keganasan terhadap wanita meningkat saban tahun - Rela

25/11/2013 6:04pm

KANGAR - Kes keganasan terhadap wanita di negara ini meningkat saban tahun dan ia membimbangkan kaum wanita.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Perlis, Rela Ahmad berkata, bagi tempoh suku pertama tahun ini, sebanyak 2,595 kes keganasan terhadap wanita dilaporkan.

Angka itu lebih tinggi berbanding sebanyak 2,295 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

"Punca peningkatan kes itu antara lain disebabkan tahap kesedaran yang masih rendah terhadap hak wanita.

"Kes-kes keganasan terhadap wanita boleh dikawal jika semua pihak berperanan aktif menangani masalah itu melalui program meningkatkan kesedaran terhadap ancaman keganasan itu.

Rela yang selaku Ketua Wanita UMNO Perlis berkata demikian pada sambutan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2013 peringkat negeri Perlis di Pauh Putra dekat sini. - Bernama

Process time in ms: 15