TERKINI

Remaja lelaki didakwa hilang di Villa Nabila

Remaja lelaki didakwa hilang di Villa Nabila

18/11/2013 12:35pm

JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas masuk ke dalam sebuah villa terbiar yang dikenali sebagai Villa Nabila di Jalan Skudai, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, remaja yang berasal dari Majidee, di sini itu dilaporkan keluar dari rumah sejak kelmarin namun tidak pulang ke rumah sehingga kini.

Abdul Samad bagaimanapun menafikan laporan yang tersebar di laman sosial Facebook yang mendakwa terdapat kira-kira 30 remaja yang hilang di villa terbabit menyebabkan villa tersebut dikerumuni orang ramai sejak awal pagi tadi.

"Ibu remaja berkenaan ada menghubungi rakan anaknya itu sebelum dimaklumkan anaknya itu telah masuk ke dalam Villa Nabila ini.

"Usaha mencari remaja tersebut masih dijalankan di villa berkenaan sama ada benar dakwaan remaja tersebut masuk dan hilang di dalamnya," katanya.

Beliau turut mengesahkan ibu remaja terbabit turut membuat laporan polis di Balai Polis Danga Bay di sini pukul 1 pagi tadi. - KOSMO!

Rencana Utama!»

Teruja sambut Aidilfitri di Malaysia

MUHAMMAD Rasyad, (kiri), Muhammad Adam (tengah) dan Zuhaira menyambut hari raya pertama bersama mualaf lain di Hidayah Centre Foundation sebelum berlepas ke Abu Dhabi pada hari raya kedua.

Process time in ms: 32