TERKINI

Stesen janakuasa elektrik berkapasiti besar di Kimanis di jangka operasi Februari 2014

Stesen janakuasa elektrik berkapasiti besar di Kimanis di jangka operasi Februari 2014

12/11/2013 3:08pm

KUALA LUMPUR - Stesen Janakuasa SPR Energy dengan kapasiti 100 megawatt dan Kimanis Power 285 megawatt di jangka beroperasi secara berperingkat mulai Februari 2014.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, projek itu adalah antara langkah mitigasi jangka pendek yang diambil kerajaan untuk mengatasi masalah kekangan kapasiti penjanaan elektrik.

"Dalam hal ini, pengguna di Sabah dijangka dapat menikmati bekalan elektrik yang lebih berdaya harap dan gangguan berpunca daripada komponen penjanaan dijangka dapat dikurangkan, katanya ketika menjawab soalan Wong Sze Phin (DAP-Kota Kinabalu) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Bagi jangka panjang, Mahdzir berkata, projek penjanaan seperti Stesen Jana Kuasa Tawau Green Energy berasaskan geoterma di Apas Kiri, Tawau, Stesen Jana Kuasa 300 megawatt di pantai timur Sabah dan Stesen Hidroelektrik Ulu Padas di Tenom, Sabah turut dibangunkan.

Mengenai subsidi gas, beliau berkata, Petronas pada masa ini masih membekalkan gas untuk sektor penjanaan elektrik di Sabah pada kadar RM6.40/mmBtu berbanding RM13.70/mmBtu di Semenanjung.

Menjawab soalan Wong mengenai terminal projek Liquefied Natural Gas (LNG) di Lahad Datu, Mahdzir berkata, rundingan antara kerajaan dan Petronas masih diteruskan untuk menentukan bekalan LNG. - Bernama

Rencana Utama!»

Ambil masa sehari proses serunding

SEBANYAK 160kg serunding daging dihasilkan pada bulan Ramadan berbanding 120kg pada hari-hari biasa.

Varia!»

Cegah penyakit batu karang

SISTEM penghadaman kucing amat berbeza daripada manusia dan haiwan itu tidak boleh diberi makan ikan, nasi atau makanan pedas. -Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16