TERKINI

Imigresen Negeri Sembilan tahan 24 pengawal keselamatan warga Nepal

Imigresen Negeri Sembilan tahan 24 pengawal keselamatan warga Nepal

06/11/2013 11:08pm

SEREMBAN - Seramai 24 pengawal keselamatan warga Nepal ditahan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan atas pelbagai kesalahan dalam operasi di sekitar Seremban dan Nilai, lewat hari ini.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri, Abdul Kadir Hussin berkata, kesemua pengawal keselamatan itu ditahan di tempat kerja masing-masing iaitu premis perniagaan, kolej, kilang dan kelab sukan.

Beliau berkata, lapan orang ditangkap di sebuah kolej swasta, masing-masing dua di kelab sukan dan riadah, kedai emas dan kawasan kediaman manakala 10 ditahan di sebuah kilang.

"Mereka ini didapati melakukan kesalahan seperti tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah atau menyalahgunakan pas lawatan masing-masing, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Katanya, kesemua pengawal keselamatan tersebut dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen, Lenggeng, di sini untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Abdul Kadir berkata, pihaknya akan terus menjalankan operasi sama dari semasa ke semasa bagi menjejaki pengawal keselamatan warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah. - Bernama

Rencana Utama!»

Lokomotif stim 6015 identiti berharga Sabah

LOKOMoTIF 6015 merupakan kereta api stim tunggal di Sabah yang berusia lebih separuh abad dan masih boleh digunakan.

Varia!»

Mencari pewaris peniup serunai

Mohd. Amir menunjukkan serunai yang dimainkan selepas selesai melakukan persembahan di Kampung Labu Kubong, Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.

Process time in ms: 47