TERKINI

Laporan siasatan salah laku penjawat awam perlu didedah kepada umum

Laporan siasatan salah laku penjawat awam perlu didedah kepada umum

06/11/2013 11:03pm

KUALA LUMPUR - Seorang anggota parlimen mencadangkan agar laporan siasatan jawatankuasa khas yang ditubuh bagi menyiasat kes salah laku penjawat awam dalam mengurus wang negara seperti yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012, didedah kepada umum apabila siap kelak.

Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) berkata, perkara itu perlu bagi mengelakkan isu terus dipolitikkan oleh mana-mana pihak, selain memastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.

"Saya menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap mereka terlibat dan tiada kemaafan harus diberi penjawat yang berbuat demikian yang boleh dianggap pengkhianatan kepada rakyat, katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dalam pembentangan Bajet 2014 bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap salah laku penjawat awam. - Bernama

Rencana Utama!»

Lokomotif stim 6015 identiti berharga Sabah

LOKOMoTIF 6015 merupakan kereta api stim tunggal di Sabah yang berusia lebih separuh abad dan masih boleh digunakan.

Varia!»

Mencari pewaris peniup serunai

Mohd. Amir menunjukkan serunai yang dimainkan selepas selesai melakukan persembahan di Kampung Labu Kubong, Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.

Process time in ms: 47