TERKINI

Jurulatih lontar peluru negara Mohd Nazar meninggal dunia

Jurulatih lontar peluru negara Mohd Nazar meninggal dunia

04/11/2013 6:02pm

KUALA LUMPUR - Jurulatih acara lontar peluru negara Mohd Nazar Abdul Rahim meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Allahyarham, yang bertugas sebagai jurulatih sepenuh masa dengan Majlis Sukan Negara (MSN), berusia 42 tahun.

Isterinya, Khairul Bariah Mohd Adam, 42, berkata suaminya meninggal dunia kira-kira 7.30 pagi selepas mengalami masalah jantung sejak awal tahun ini.

"Keadaan beliau bertambah kritikal sejak dua hari lepas, katanya kepada pemberita di kediamannya di Taman Keramat di sini.

Khairul Bariah, yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Lembah Keramat di sini, berkata suaminya telah dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebanyak empat kali tahun ini iaitu pada Januari, Mei, Jun dan September.

Katanya, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat selepas solat Asar hari ini. - Bernama

Rencana Utama!»

Agenda berbuka, bertarawih di masjid

ORANG ramai boleh merasai pengalaman berbuka puasa bersama pelancong di Masjid Putra, Putrajaya.

Varia!»

CJ Wow Shop penuhi keperluan pengguna

Yang HYUN (tiga dari kanan) bersama barisan penaja menunjukkan hadiah utama selepas melancarkan kempen jualan Serikan Ramadan dan Raya Bersama Wow di Seputeh, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Process time in ms: 31