VARIA

Baba's Cubits musim baharu lebih segar

Baba's Cubits musim baharu lebih segar


CLAUDIAN NAVIN (kiri) bersama tulang belakang rancangan Baba's Cubits pada majlis pelancarannya yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KEJAYAAN rancangan masakan Baba’s Cubits yang disiarkan di TV3 pada musim lalu membuktikan rancangan tersebut mempunyai kelompok pengikutnya yang setia.

Lebih sejuta orang menonton rancangan yang dihoskan oleh Chef Kamarul Hasni Che Rose itu pada musim lalu.

Tahun ini, program yang disifatkan berjaya mencipta fenomena itu sekali lagi disiarkan di TV3 dan menjanjikan persembahan sajian yang lebih menarik dan unik.

Ketua Pengiklanan dan Promosi Baba’s, Claudian Navin Stanislaus berkata, pihaknya tidak menyangka sambutan yang diterima amat menggalakkan dan perkara itu menjadi punca rancangan Baba’s Cubits kembali menemui penonton.

“Pihak Baba’s, penerbit, chef dan penata rias hidangan meningkatkan usaha dalam prestasi dan kualiti persembahan pada musim kedua ini.

“Pelbagai ilham resipi baharu yang lazat dihasilkan dengan kaedah persembahan yang lebih mantap,” katanya pada majlis pelancaran program tersebut di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Apa yang pasti, kesemua resipi yang disediakan dicipta menggunakan produk keluaran Baba’s yang telah lama menjadi jenama rempah tempatan pilihan ramai.


KAMARUL HASNI bergandingan dengan Nur Hayati dalam musim baharu rancangan Baba's Cubits.


Prihatin dengan maklum balas penonton setia rancangan tersebut, program Baba’s Cubits musim ini diubah waktu siarannya. Ia akan disiarkan pada pukul 6.30 petang hingga 7.30 malam setiap Ahad.

Musim terbaharu tersebut sudah mula bersiaran pada 6 Oktober lalu dan akan menemui penonton dalam 26 episod.

Rancangan berkenaan masih dihoskan oleh Kamarul Hasni, namun pada kali ini, beliau mengacarakan rancangan tersebut bersama isterinya, Nur Hayati Abdul Rahman.

Bagi mereka yang ketinggalan untuk menonton episod-episod lepas, mereka masih boleh menyaksikan rakamannya melalui portal www.tonton.com.my.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai rancangan tersebut boleh melayari laman Facebook Baba’s & U.

Process time in ms: 47